Jovian Mandagie amat terkenal dengan koleksinya sehingga menjadi idaman
para peminat dalam industri fesyen dan tanpa henti mengeluarkan rekaan fesyen
terbaru pada masa kini. Jovian Mandagie
juga telah memperkenalkan dan mengeluarkan dua koleksi istimewa beliau bersama
dengan Zalora dan Tesco selain daripada busana Muslimah dan Hijab. Di antara salah satu falsafah Jovian ialah
memikat kerana setiap sentuhan kreatif beliau mudah menarik minat dan memikat
perhatian. Hal ini dititik beratkan
melalui penekanan busana yang ringkas semasa penghasilan busana tersebut dan
beliau juga telah mengekalkan momentum jenamanya, dia mula mengorak langkah
melalui pembukaan butik baharu yang menempatkan deretan busana sedia pakai
untuk wanita dan lelaki.
Sebelum ini, baju-baju rekaan beliau di bawah label Jovian Mandagie
Couture hanya mampu dimiliki oleh segelintir pengguna sahaja dan penjualan
dalam talian bersama Zalora dan Tesco juga mempunyai had yang tertentu.
Pembukaan JStore yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur merupakan salah
satu inisiatif Jovian untuk mendekati pelanggan yang mempunyai pelbagai latar
belakang. melalui Jstore, pelanggan juga
boleh mendapatkan setiap rekaan yang tidak dapat dimiliki sebelum ini dan butik
baru ini juga merupakan satu-satunya butik yang menjual koleksi terkini
Jovianista.
Jovianista ini merupakan geleran untuk penggemar rekaan jovian dan
jenamanya yang tidak putus-putus memberi sokongan dalam koleksi-koleksi Jovian
Mandagie yang dikeluarkan beliau.
|
Butik Jovian Mandagie di Shah Alam |