Khamis, 9 April 2015





Assalammualaikum dan salam sejahtera.  Saya harap kita semua sihat selalu dan sentiasa senyum, senyuman itu adalah satu sedekah (^_^)sebelum saya memulakan blog saya ini, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan blog yang saya hasilkan ini merupakan tugasan akhir saya untuk subjek E-dagang.  hari ini saya akan menceritakan mengenai pereka fesyen terkenal ialah Jovian Mandagie.
      
Jom kita ke post seterusnya, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jovian Mandagie dan rekaan pakaian beliau  (^_^) 





Biodata Jovian Mandagie


Serba sedikit mengenai latar belakang Jovian Mandagie (^_^)



Latar Belakang Butik Jovian Mandagie dan Koleksi Rekaannya



Jovian Mandagie amat terkenal dengan koleksinya sehingga menjadi idaman para peminat dalam industri fesyen dan tanpa henti mengeluarkan rekaan fesyen terbaru pada masa kini.  Jovian Mandagie juga telah memperkenalkan dan mengeluarkan dua koleksi istimewa beliau bersama dengan Zalora dan Tesco selain daripada busana Muslimah dan Hijab.  Di antara salah satu falsafah Jovian ialah memikat kerana setiap sentuhan kreatif beliau mudah menarik minat dan memikat perhatian.  Hal ini dititik beratkan melalui penekanan busana yang ringkas semasa penghasilan busana tersebut dan beliau juga telah mengekalkan momentum jenamanya, dia mula mengorak langkah melalui pembukaan butik baharu yang menempatkan deretan busana sedia pakai untuk wanita dan lelaki.

Sebelum ini, baju-baju rekaan beliau di bawah label Jovian Mandagie Couture hanya mampu dimiliki oleh segelintir pengguna sahaja dan penjualan dalam talian bersama Zalora dan Tesco juga mempunyai had yang tertentu. 

Pembukaan JStore yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur merupakan salah satu inisiatif Jovian untuk mendekati pelanggan yang mempunyai pelbagai latar belakang.  melalui Jstore, pelanggan juga boleh mendapatkan setiap rekaan yang tidak dapat dimiliki sebelum ini dan butik baru ini juga merupakan satu-satunya butik yang menjual koleksi terkini Jovianista.

Jovianista ini merupakan geleran untuk penggemar rekaan jovian dan jenamanya yang tidak putus-putus memberi sokongan dalam koleksi-koleksi Jovian Mandagie yang dikeluarkan beliau.

Butik Jovian Mandagie di Shah Alam
 

Pencapaian Jovian Mandagie (^_^)



      Pereka Fesyen ini juga amat terkenal dengan rekaan yang menarik dan unik yang mampu memukau pandangan seorang terhadap rekaan busana tersebut apabila dipakai oleh si pemakainya dan sebagainya.

        Hal ini, membuat jovian mandagie berjaya dalam dunia fesyen dan beliau juga telah mencapai beberapa kejayaan yang sangat membangga di arena fesyen masa kini.
Di antara pencapaian Jovian Mandagie dalam dunia fesyan ialah :

  1. Pereka fesyen terbaik 2013, Mercedes Benz Stylo Grand Prix.
  2. Usahasama dengan pelakon Lisa Surihani untuk koleksi Lebaran 2013, Jovian Flagship Store.
  3. Pereka fesyen Pertama mengetengahkan pakaian sedia dipakai menerusi jualan dalam talian Zalora dan fashion valet.